"

Khamis, 9 Ogos 2012

Mutiara kata dari Aqil-Aljunied


1. Andai kau cinta pada wajahku, itu bererti anda bukan cinta diri-ku,iman-ku,akhlak-ku,taqwa-ku,jujur-ku tapi cinta pada kulit yang ada padaku, yang hilang, pudar, tidak kekal selamanya. 'cantik hanya setipis kulit yang menyaluti, keimanan,jujur itu kekal dari seseorang. Mata kita hanya lihat dari segi kecantikan luaran, tapi tidak menilai keimanan, taqwa, jujur seseorang. Barakallah.

:59:2. Jangan di-ingat masa silam anda yang penuh noda,dosa,maksiat. Ketahuilah Allah maha pemaaf kepada hambanya. Sebaik baik taubat nasuha. Barakallah

3.:59: Hendak bercinta, memilih teman hidup, uji dia terlebih dahulu '' tengok tahap keimanan & akhlak dia, andai kata dia marah, tampar, bergaduh tu bermakna '' anda kena reject dia beb '' awal awal dah hotttt (Marah tak tentu hala), belum jadi suami isteri '' dah gaduh tak henti2 '' Cari yang orang bersabar, keimanan, fizikal, akhlak, pribadi yang baik, penyayang, lembut dari kata2, tidak kasar, budi bahasa dengan anda dan jaga solat 5 waktu ( tanamkan cinta ALLAH & Rasulullah di hatimu ).

4. Paling utama kita adalah muhasabah diri kita sendiri. Kunci kejayaan itu sebenarnya hanya satu: JUJUR :59: . Barakallah

5. S'orang tidak akan pernah dapat mencintai anda dengan tulus dan apa adanya, jika kita selalu menyembunyikan kekurangan kita pada darinya ^^. Barakallah

6. Senjata lelaki '' Setia '':59: Barakallah

7. Lebih mudah melawan ribuan orang bersenjata lengkap dibandingkan melawan kesombongan diri sendiri.:59: Barakallah

8. Hati yang terluka adalah seumpamanya besi bengkok, walau telah diketuk, susah kembali menjadi bentuk asalnya. :59:Barakallah

9. Mulut dan lidah seseorang yang bercakap kotor adalah manifestasi hatinya. :59:Tabarakallah

10. Setiap muslim ada calender/tarikh dan masa masing masing untuk mati. Mungkin ada mati hari ini, malam, esok, waktu solat, waktu main fb, waktu bermain bola, waktu bermain maksiat dan dimana jua. Mati dimana mana tiada aturan. Maka kita harus hadapi seksaan nyawa dicabut ':59:' yang sakit bagaikan pedang yang tajam didunia '' Allahu Rabb. Sama sama kita buat suruhan Allah ok :59: Tabarakallah

11. Resah gelisah jiwa bila melakukan dosa, sedih hati bila lalai dengan Allah azza wajalla kemudian sedar semula tak tentu arah rasa hati bila terbuat kesalahan dan kesilapan. Tabarakallah :59:

12. Kecut perut bila teringat hukuman dan azabnya.:59: Tabarakallah

13. Orang islam mempunyai prinsip, misi, dan masalah yang lebih mulia dari sekadar membalas dendam, membenci dan penyakit dengki. Tabarakallah:59:

14. Sesiapa yang membasahi hatinya dengan mengingati Allah,ia tidak akan penat dengan kegersangan hidup. Tabarakalla:59:

15. Jika mendapat nikmat,ia bersyukur ,dan apabila diuji ia sabar,dan jika berdosa,ia memohon ampun. Tabarakallah:59:

16. Kita baring baring atas kerusi, atas katil dan di mana mana saja kita berada '' Para malaikat perhati kita '' any time 'nywa dicabut' Masa itu kita buat apa ? Buat apa ? Buat apa ? Taubat tidak sempat 'kerana malaikat maut dah amik nywa kita' menyesal ?:59: 'Tiada gunaNya lagi ! Yang hidup 'banyakan amal amal soleh ok:face39: kalau kita idam 'syurga firdausi' maka kita ikut perintah Allah, buka nafsu ,syaitan ok ! Tabarakallah

17. Biarlah isteri tak cantek, tak menawan, asal dia dapat ceriakan kite, membahagiakan kite, full time bagi kasih sayang :face39: Tabarakallah

18. Jatuh cinte kepada perempuan comel takpe, asal jangan jatuh cinta sejenis '' Laki Laki '' tu binasa Tabarakallah

19. Wanita dewasa bukanlah dia yg ingin terlihat sempurna utk semua lelaki, tapi dia yang ingin terlihat cantik untuk satu lelaki/suami yang dicintainya. Percayalah, hari ini akan lebih indah daripada kelmarin jika kita mengawalinya dengan doa dan senyuman .:face39: Tabarakallah

20. Berani hidup harus berani menghadapi masalah, jangan takut dan jangan gentar, hadapi dengan benar dan tawakal, karena setiap masalah sudah diukur Allah sesuai kemampuan kita. Kita tak memiliki apapun dan tak dimiliki siapapun selain milik Allah. Hidup di dunia hanyalah sementara, mencari bekal untuk pulang dan menanti saat maut menjemput. :face39:Tabarakallah

21. Jangan kerana cinta, kita gadai maruah diri kepada se'org !:face39: Tabarakallah

22. Biarlah susah sedikit di dunia (kalaulah susah),harap di akhirat tidak membawa nasib yang sama.Bersangka baik dgn Allah swt. Tabarakallah:face39:

23. Wanita semua yang cantek cantek, molek molek, cute miut walaupn kita tak nampak sepenuhnya ye. maka lelaki harus terimalah seadanya yang terindah di lubuk hatimu, isteri adalah amanah buatmu. Didik isteri dengan keimanan. Didik isteri dengan takwa. Didik dengan penuh kasih sayang. Suami , cukuplah dia di hatimu, jangan di satukan lagi ye. !:face39: Tabarakallah

24. Di Facebook buat kebaikan, Di Dunia rialiti buat amal soleh juga.:face39: Tabarakallah

25. Jangan kerana cinta. Kita lupa sang maha esa. Tabarakallah:face39:

26. Jika anda telah berusaha untuk mengubah sesuatu namun tetap tak berhasil, cobalah untuk mengubah pandangan anda. Melepaskan orang yang di cintai jauh lebih sulit/susah dibanding menerima cinta yang baru bagi hatimu. Tabarakallah

27. Ketika anda tulus mencinta, tak akan pernah ada kata menyerah. Meski pikiran ingin berputus asa, namun hati tetap ingin mencoba. Jangan terlalu lama menangisi apa yg telah terjadi. Hal yg kamu tangisi saat ini mungkin hal yang akan kamu syukuri suatu saat nanti. Tabarakallah

28. Hati yang berkarat dgn 2 perkara : Kelalaian dan dosa , pengilapnya dgn 2 perkara :Istighfar dan zikrullaah. Tabarakallah

29. Lelaki yang gentleman dia punye hak. Pandai masak. Pandai jaga solat. Tabarakallah Lelaki yang tidak gentleman dia xpunye hak. Pandai makan. Pandai tinggal solat.

30. Ambillah nasihat baik dari orang yang mengucapkannya meskipun ia tidak mengamalkannya. Tabarakallah

31. Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya. Mengapa tidak kejinjang pelamin pengakhirannya ? Tabarakallah

33. Betapa indahnya jika sesebuah persahabatan tidak memerlukan cagarannya..hanya berbekal keikhlasan sudah memadai. Tabarakallah

34. Hilang kekasih tak apa asal jangan hilang maruah diri. Tabarakallah

35. Hargailah sebuah persahabatan,ambillah iktibar andai perpisahan itu jalannya. Tabarakallah

36. Membahagiakan saudaramu cukuplah dengan tidak menyakiti hatinya dengan apa cara sekali pun. Tabarakallah

37. Ana update status bukan bererti ana seorang yang soleh, alim di mata anda , bukan pada status, post hadis, ceramah, ayat ayat quran, motivasi tetapi hanya satu peringatan untuk semua dan muhasabah diri. Soleh terletak pada amal ibadah, pi masjid, amal soleh, amal ibadat, taat ibu bapa, taat Allah dan Rasul and see more. Tabarakallah

38. Kite semua idam2 kan keluarga/rumah tngga yang bahagia bersama suami isteri :) maka kite harus dekat pada ALLAH ye . Keluarga Sakinah satu harapan '' saling kasih sayang '' bukan saling curang '' . Tabarakallah

39. Jadilah seorang wanita/muslimah yang mahal di facebook/dunia rialiti, bukan wanita yang murahan. Senang di urat,ngrat dan dapat terus hmm. Tabarakallah

40. Allah swt jadikan cuma ada tarikh lahir sahaja,tarikh mati tidak diketahui. Tabarakallah
:59::face39:

Rabu, 8 Ogos 2012

Tazkirah Ramadhan : Kenapa amalan kita ditolak ALLAH swt



:125:Kisah Muaz bin Jabbal menangis dengan hibanya setelah mendengar nasihat Nabi s.a.w. bilamana beliau menceritakan amalan-amalan yang dibawa oleh malaikat tidak dapat diterimanya kerana sikap dan perbuatan hambanya yang tidak diperkenankan.

Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin Jabbal ::125: 'Apakah hadis-hadis yang tuan pernah dengar daripada Rasulullah s.a.w.?' Muaz pun terdiam sebentar, kemudian beliau pun dengan tiba-tiba sahaja menangis dengan hibanya seolah-olah tidak akan berhenti lagi. Setelah kemudian Muaz mulai reda dari tangisannya dan berdiam seketika, lalu Muaz pun bercerita.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :"Mudah-mudahan akan menjadi kebaikkan kiranya bagimu jika engkau selalu ingat dan sentiasa awas." Demikian sabda baginda. Lalu Muaz pun meneruskan kisahnya lagi. "Allah telah menjadikan tujuh malaikat, sebelum Allah ,menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Pada setiap lapisan langit ada pintunya. Ditugaskan pada setiap pintu langit seseorang malaikat yang begitu besar tersergam indah dan hebat.

PENGUMPAT.:u:

Naik malaikat kelangit pertama membawa amalan hamba yang dilakukan pagi dan petang, siang dan malam. Bersinar-sinar cahaya amalannya seperti matahari, lalu malaikat penjaga langit pertama berkata :'Bawa kembali amalan orang itu dan hempaskan kemukanya! Aku- Tuhan tempatkan disini sebagai peneliti dosa orang-orang mengumpat, supaya tidak membiarkan amalan orang mengumpat naik melintasi aku keatas.'

BERMEGAH DENGAN DUNIA.:u:

Datang pula malaikat lainnya membawa amalan salih hamba Allah yang sangat bersinar-sinar amalannya itu. Apabila sampai ke langit kedua, maka malaikat penjaga pintu langit itu pun berkata : 'Berhenti! ambil amalan itu dan pukulkan kemuka orang yang empunya amalan itu kerana bersarang dengan kemegahan dunia, tidak boleh melintasi aku kerana dia bermegah-megah dengan amalannya kepada manusia, mencari keredhaan manusia (kerana pangkat, jawatan, wang, nama, pujian dsb).'

TAKBUR.:u:

Naik pula malaikat yang lain lagi, membawa amalan hamba Allah yang bercahaya dan cemerlang dari amalan sedekah, puasa, sembahyang sehingga menakjubkan malaikat. Apabila tiba di langit ketiga, ditahan oleh malaikat penunggu pinta langit, katanya : 'Berhenti! ambil amalan itu dan pukulkan kemuka tuannya! Aku malaikat pengawas sifat-sifat takbur, tidak membenarkan melintasi aku dengan perintah Allah swt, kerana amalan ibadahnya mengandungi takbur dan selalu takbur didalam majlis ramai.'

UJUB.:u:

Naik lagi malaikat yang lain ke langit keempat membawa amalan hamba Allah yang bersinar-sinar cahayanya. Sungguh hebat, berdengung-degung bunyinya amalan itu yang berisi tasbih, sembahyang, haji dan umrah tetapi tidak dibenarkan melintasinya. Lalu berkata malaikat penjaga pintu langit itu : ' Berhenti disini! tidak boleh lewat dari sini, aku malaikat penjaga pintu langit keempat diperintahkan Allah agar amalannya itu dipukulkan kebelakangnya dan perutnya. Kerana aku malaikat peneliti sifat ujub. Dia sangat ujub dengan amalannya (merasa bangga kerana banyak amalan hingga menghairankan dirinya).'

HASAD DENGKI.:u:

Naik lagi malaikat lainnya membawa amalan hamba Allah. Apabila tiba dipintu langit yang kelima dilihat oleh malaikat penjaga pintu langit kelima amalan yang dibawa seperti berarak pengantin perempuan dengan hebatnya, lalu malaikat penjaga langit itu berkata : 'Berhenti! pukulkan amalan itu kemuka tuannya, ketengkuknya dan kebahunya. Aku malaikat pengawas sifat-sifat dengki manusia, tidak akan membenarkan orang yang hasad dengki amalannya melewati aku dilangit kelima ini.'

RAHIM.:u:

Malaikat yang lain pula membawa naik amalan hamba Allah menghadap Tuhan, lalu ditahan oleh malaikat penjaga langit keenam : 'Berhenti! ambil amalan itu dan palukan kemuka tuannya kerana dia tidak bersifat rahim sesama manusia. Orang dipimpa bala' dia hanya suka sahaja melihatnya. Aku malaikat rahmat sentiasa meneliti sifat rahim manusia. Allah perintah kepada aku supaya jangan membiarkan amalan hamba yang tidak bersifat rahim naik keatas.'

RIYA'.:u:

Naik pula malaikat lainnya hingga ke langit ke tujuh, membawa amalan hamba Allah yang indah cemerlang besinar-sinar seperti matahari diiringi oleh tiga ribu malaikat, hendak melewati langit ketujuh. Maka ditahan oleh malaikat pengawal langit itu : 'Berhenti! palukan amalan itu kemukanya dan segala anggota badannya dan tutupkan pintu hatinya dengan amalannya itu. Aku diperintahkan oleh Allah swt melarang orang yang begini amalannya melewati dari langit ketujuh. Kerana amalannya menghendaki pujian dari ahli-ahli ilmu (ulama' & fuqaha'), supaya dia disebut termasuk kedalam golongan ulama' dan fuqaha', supaya mashyur namanya (amalan riya:- memperlihat-lihatkan, menunjuk-nunjuk kepada manusia, mencari pujian dari amalannya itu) - kerana amalannya itu tidak ikhlas kerana Allah - riya' kepada manusia - Allah tidak melihat amalan orang yang riya'.

TIDAK BENAR-BENAR IKHLAS.:u:

Naik pula malaikat lain lagi dengan membawa amalan hamba Allah yang salih, dari sembahyang, zakat, haji dan umrah, salihnya, waraknya, baik akhlaknya, berdiam diri, sentiasa dalam zikirullah. Diiringi oleh segenap petala langit kerana kebesaran dan kehebatannya amalannya itu sehingga dapat melintasi segenap tujuh lapisan pintu langit dan menembusi segala hijab yang amat jauh diatas dari langit ketujuh terus menuju kehadrat Allah swt. Lalu mereka sekeliannya berhenti dihadapan Allah swt menjadi saksi atas amalan orang yang salih itu kerana ikhlasnya. Allah berfirman : "Kamu semua penjaga amalan hamba-hamba Ku sedangkan Aku pengawas atas dirimu. Sebenarnya amalannya bukan kerana keredhaan Ku, hanya lain yang dicarinya. Maka Aku laknatkan keatasnya dan semua malaikat pun turut melaknatkan pula bersama Allah dan melaknatkan pula oleh tujuh petala langit dan tujuh bumi segala isinya."

Kemudian Nabi s.a.w. terus bersabda lagi memberi pengajaran kepadanya : " Ikutlah akan daku meskipun ada kekurangan dalam amalmu."

Hai Muaz!comment

"Peliharalah lidahmu daripada kejahatan pada saudara-saudaramu dari kalangan para penanggung al-Quran (saudara-saudaramu muslim yang beramal dengan hukum al-Quran "Islam") dan tanggungkan dosa-dosamu itu atas dirimu!. Jangan tanggungkan dosa-dosamu itu atas mereka dan jangan engkau sucikan dirimu dengan mencelakan mereka. Jangan meninggikan dirimu atas mereka. Jangan masukkan amal dunia dalam amal akhirat (Ertinya; jangan engkau qasadkan amal akhirat itu kerana dunia untuk mendapatkan matabenda dunia dan mencari laba dunia) dan jangan menilik-nilik pada amalmu. Jangan engkau bertakbur (membesarkan dirimu dengan perbuatan atau perkataan atau dengan air mukamu atau dengan gerak-gerimu) didalam majlis supaya manusia takut akan kejahatan perangaimu dan jangan engkau berbisik-bisik dengan seseorang padahal disampingmu ada orang lain. Jangan engkau membesar-besarkan dirimu atas manusia supaya tiada putus dari dirimu kebajikan dunia. Jangan engkau menghinakan dan mencaci yang menjatuhkan keaiban manusia (jangan mengumpat, jangan membuat fitnah, jangan menjatuhkan air muka / aib orang). Kalau tidak nescaya akan dirobik-robik dan dikoyak-koyak akan badan engkau oleh anjing-anjing buas serta ganas didalam neraka pada hari kiamat."

:125::u:comment