"

About Me




Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum W.b.t dari Ana..

Jangan terkeliru dengan gelaran yang digunakan sebab admin kadang lebih membiasakan dirinya dengan Ana, kadang Ena , kadang Jujue.. Actually semuanya nama singkatan dari sebaris nama indah yang susah payah mak dan ayah carikan buat aku iaitu SITI JULIANA BINTI RAMLI (maaf penggunaan "aku" bagi yang lebih berusia dari Ana) dan kadang Ana lebih biasa dengan membiasakan diri sebagai "aku" . Aku dilahirkan di bumi serambi Mekah atau lebih gah dengan nama Kelantan The Red Warrior .. Aisehh! ehhe . Aku dilahirkan pada 8 November pada tahun 1991. Aku merupakan anak bongsu perempuan dari 6 orang adik-beradik. Mempunyai 2 orang abang 2 orang kakak dan seorang adik lelaki. Aku merupakan anak kesayangan arwah ayah, tapi sejak ayah meninggal 6 tahun lalu aku mula belajar berdikari dan cuba mentarbiyah diri berdasarkan pengalaman hidup orang disekeliling aku, belajar dari orang lain, mendekatkan diri dengan ilmu dan berusaha mendalami ilmu agama slow-slow, sebab aku yakin dengan memiliki agama aku mampu menghadapi hidup ini dan mula menyedari bahawa hidup kita sentiasa ditemani Allah. Aku masih dalam proses mendidik diri dan memperbaiki diri, iman dan akhlak. InsyaAllah, doakan ana ep.. Ayah meninggal dahulu sebab menghidapi kanser usus. I really love him!. Selepas aku kehilangan ayah baru aku belajar untuk mengutamakan ibu aku dalam apa-apa hal dan nyata alhamdulillah redha dan doa ibu telah membawaku perlahan-lahan mendaki tangga kejayaan. InsyaAllah selagi aku masih diberi peluang selama itu aku akan mengutamakan ibuku dan berbakti sebaik mungkin kepadanya. InsyaAllah.

 Aku seorang yang bercita-cita tinggi, kadang cita-cita yang hendak aku capai tu nampak macam tak logik di mata orang but for me, am i care about them? by the way aku bukan nak kisah apa manusia nak cakap tentang aku tapi apa yang aku cuba adalah untuk jadi yang terbaik buat diriku, keluargaku, agamaku dan paling utama buat Allahku.. lagipun kalau dikisah apa orang cakap, alamatnya tak kemana lah aku kan..?hurmm

kisah aku ni tak ada benda yang istimewa hendak dikongsikan lagipun aku hanyalah insan yang datangnya dari keluarga yang biasa-biasa sahaja, dan diri ini tak lepas dari melakukan kesalahan dan dosa... sekarang masih lagi menuntut di di negeri bawah bayu, Sabah di sebuah Universiti yang gah lagi indah terpesona mata memandangnya di dalam jurusan Pendidikan Sains Sosial, Sejarah dan Geografi. InsyaAllah kalau ada rezeki, ana bakal menjadi Murabbi buat ummah..InsyaAllah doakan ana ya.. Aku sebenarnya bercita-cita nak jadi peguam pada asalnya namun disebabkan result Sejarah dan Bi kurang memuaskan masa SPM, menyebabkan aku nekad untuk sambung form 6 kononnya nak baiki result Sejarah dan Bi sehingga aku sanggup tolak semua tawaran termasuk maktab perguruan di Besut, politeknik KB dalam jurusan akaun dan Matrikulasi program setahun di Perlis dalam jurusan akaun juga sebab sebelum tu aku belajar di sekolah teknik Pasir Mas, Kelantan namun takdir Allah telah menemukan aku sekali lagi dengan kursus perguruan di Sabah. Itulah kan kadang apa yang dirancang tak semestinya seiring dengan apa yang Allah dah rancang buat kita.. =)

namun sejujurnya aku menyedari bahawa jiwa aku lebih kepada seni macam penulisan, minat juga untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui kerja amal/sukarelawan. Namun insyaAllah jika Allah mengizinkannya aku pasti menjadikan semua itu termasuk bakal menjadi Murabbi dalam satu haluan hidup dan satu perjuangan buat Ummah sekaligus menjadi bekalan untuk ke Syurga Allah kelak. Aku ingin mengejar Redha Allah dalam apa jua perkara yang bakal aku lakukan kerna aku tidak mahu hidupku di dunia ini sia-sia sahaja, sungguh aku tidak mahu ke neraka Jahanam..! nauzubillah min zalik.. sekalipun impianku tinggi melangit ia tidak beerti hidupku nyata hanya angan-angan namun ia adalah suatu usahaku bagi menghasilkan lonjakan paradigma dalam hidup aku. Aku berpegang pada prinsip hidup "datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan." "biar dihina oleh manusia jangan sampai dihina oleh Allah" "Biar dibenci asal diri tidak membenci" dan jika aku dirundung kesusahan atau kesedihan aku berpegang kepada dua perkara ini "Sabar dan Solat"


dalam soal hati dan perasaan pula, aku berpegang pada cinta selepas nikah. Walaupun aku hanyalah insan biasa bukan dari keluarga yang warak namun bagiku prinsip ini milik siapa saja yang cintakan Tuhannya. Nyata aku sedari ada hikmah yang besar di balik prinsip ini. Memang sukar dan perit dalam pertahankannya namun aku yakin cinta sejati itu pasti mencariku. Cinta tanpa pernikahan suatu yang sia-sia namun pernikahan tanpa cinta suatu usaha. Mungkin ada yang keliru, maksudku jika kita punyai cinta sebelum nikah, belum tentu jodoh itu milik kita namun sekalipun tiada cinta sebelum nikah kemudian kau bertemu jodohmu dalam pernikahan insyaAllah cinta itu pasti berputik mekar mewangi.  . Mungkin ada yang keliru antara cinta dan kapel dan mungkin ada yang memberi definisi yang sama bagi kedua istilah itu, bagi aku cinta itu adalah perasaan untuk disayangi dan menyayangi antara satu sama lain manakala kapel pula bermaksud berdua-duaan. Dalam kisah hidup aku, belum pernah lagi aku berdua-duaan apatah lagi jumpa secara bersemuka bagi bercakap tentang soal hati dan perasaan. 

aku seorang yang pendiam tapi peramah. Aku hanya bercakap bila perlu, bila dirasakan perlu diam dari berkata-kata maka sepatah pun aku tidak akan bercakap. Aku seorang yang nekad, jika aku mahukan sesuatu aku pasti berusaha bagi memilikinya. Aku sebenarnya tidak pandai nak nilai diri aku, hanya insan yang mengenali diri ini mampu describe about me.. 

Tiada ulasan: