"

Sabtu, 16 November 2013

Jom menggapai mardhotillah !

Alhamdulillah .. syukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah kurniaNya
kita masih lagi berpeluang untuk saling memberi dan menerima..

ku lihat kini, 
majoriti daripada kita sudah mula mendekatkan diri dengan Allah..
yang dulunya tidak menutup aurat kini semua sudah berubah
menjadi muslimah yang sempurna penjagaan auratnya..
yang dulu lalai dengan Al-Quran,
kini ku lihat berduyung-duyung daripada mereka yang ingin mengenal, memahami dan menghayati ayat-ayat cinta Allah ..
Subhanallah!

dulu mereka leka dengan hiburan,
seronok dengan budaya hedonisme, lepak, karaoke
dan seringkali pulang lewat malam..
kini mula menyibukkan diri dengan majlis ilmu, sibukkan diri dengan mencari guru
untuk mengaji Al-Quran , sibuk dengan zikir ,
dan cuba memperbetulkan mana yang sepatutnya dibetulkan..

dunia kini sudah mula berubah..
dunia kini sudah mula kembali kepada fitrah asalnya
iaitu untuk taat dan patuh kepada Allah..
namun tidak juga ku nafikan
bahawa disebalik perubahan positif ini
masih ada segolongan daripada kita
yang masih berada di dalam kelalaian
namun jangan kau menuding jari kepada mereka !
jangan sesekali !

sebaliknya angkatlah kedua tanganmu ke langit
maka berdoalah kamu kepada Allah agar
mereka kembali ke jalan yang benar 
jalan yang diredhai Allah..

jangan begitu mudah menuding jari kepada insan lain..
bukankah kita yang dulu juga begitu?
bahkan lebih teruk daripada mereka..?
lupakah engkau wahai diri..?
jangan cepat bertindak sombong..
kita semua hamba Allah..
dan hati kita sentiasa berbolak-balik
jaga hati kita baik-baik..
agar istiqamah di jalanNya


dulu ku lihat wajah mereka kusam, serabut dan tidak tenang!
kini, 
semuanya berubah !
wajah mereka sungguh tenang ! bersih ! sejuk mata memandang !
Subhanallah wa hamdulillah !
itulah bukti kasih sayang Allah..


setiap daripada kita berhak untuk menjadi lebih baik..
cuma terserah kepada diri kita sendiri mahu atau tidak ?

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri " (QS 13:11)

yakinlah bahawa dengan mendekatkan diri dengan Allah dan mnegingati Allah
hati kita akan menjadi tenang.

Orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, akan memperolehi kebahagiaan dan akan mendapat tempat kembali yang baik 
seperti yang dikatakan Allah dalam surah ( QS 13:29)

Subhanallah ! 

cukup senang kan nak dapat pahala?
baru ja niat nak buat buat baik 
Allah dah bagi pahala cash !,
inikan pula kalau niat itu disertakan dengan perbuatannya ..
tapi kenapa kita selalu susah dan liat sangat untuk melakukannya??
pelik kan?


kalau benda yang jahat dan dosa ni mudah ja nak buat..
padahal benda yang mudah dan senang ni la yang akan membawa kita ke lembah kehinaan
seterusnya dihumban ke dalam neraka !
inilah dikatakan semuanya soal hati..
hati ini tempat jatuhnya pandangan Allah..
Allah tak nilai kita cantik ke, comel ke, segak ke..
tapi Allah nilai hati kita..

bayangkan kalau Allah nilai kita dengan sifat luaran semata-mata !
sudah tentu ramai antara kita yang tidak comel, yang selekeh dihumban ke neraka..
yang macam comel ja yang macam cantik ja akan ke syurga ..
tak adil la kan.. 
sebab tu la.. Allah nilai hati dan amalan kita ..
Allah kan maha Adil..
dah lupa ep?
nak kena nie.. (hihi)

jadi, jangan sedih jika kita banyak kekurangan yang bersifat luaran..
tak comel xpa.. tak hensem pun xpa..
yang penting awak-awak semua soleh dan solehah..
itulah aset paling mahal dalam diri awak pada pandangan Allah Azza Wajalla 


apa kata kita mula ubah niat kita,
jom jadi baik !
jom tutup aurat !
jom jaga hati .. !
semuanya kerana Allah..


akhir kata, jom menggapai mardhotillah ..
 
saya sayang antum semua fillah ..
assalamualaikum ^_^


Jumaat, 15 November 2013

Jujur aku sedang dilamun cinta !



Tiap kali teringat pada sesuatu tu..
hatiku berdebar tak henti..
degupan makin kuat menendang pintu hatiku ..
hingga terbuka pintu keegoan dan kealpaan masa laluku..
ayatNya dan kata utusan cintaNya
membuat aku jadi tidak tentu arah..
tercari-cari jalan keluar untuk menemui cintaku itu..

namun berada di tempat orang 
jauh berbeza sekali rasanya..
disini agak sukar sekali aku menemui murabbi yang boleh
membimbing aku untuk mengenali kekasih hati pilihanku itu..
agak terhad disini..
tidak seperti di bumi serambi Mekah..
disana dimana-mana sahaja kita boleh menemui murabbi yang boleh
membawa kita mengenali , menghayati dan mempelajari sang kekasih itu..

aku kadang sedih sebab disini semuanya agak terhad..'
namun dibalik kesedihan itu membuatkan tidak semena-mena timbul rasa
bersyukur di dalam kalbuku
betapa beruntungnya aku dilahirkan di bumi serambi Mekah..
aku berhasrat untuk lebih mendalami isi hati kekasihku dengan
ingin melanjutkan lagi pelajaranku 
dalam ijazah kedua bidang agama kelak..
aku ingin jauh mengenali agamaku..
agamalah yang boleh memberi kita kekuatan disaat kelemahan menyerang saraf kehidupan kita..
tanpa agama nescaya tiang pegangan hidupmu akan goyah..
bila-bila masa ia akan roboh di atas tanah hamparan neraka..

tanpa agama kita akan buta..
sekalipun mata dan akalmu celik
hakikatnya hati kita teap buta..
tidak mampu menilai mana yang hak dan mana yang bathil..
ayuh bangkit dan berdoa
agar kita bangkit dari kelekaan..
ketuklah minda dan hati kita sekuat mungkin
katakan bahawa agama itu utama!
Allah adalah tujuan hidupmu.. !

ayuh kenali Al-Quran,
,bacalah , fahami, dan hayatilah
nescaya kau akan sentiasa tersenyum dan bahagia..
hati kita akan sentiasa resah dan gelisah selagi kita belum menemui jalan kebenaran..
kembalilah pada tujuan hidupmu yang sebenar sahabat..
Al-Quran itulah kekasihku ..
seringkali aku merinduinya..
aku seringkali meronta mencari wali dan murabbi yang mampu
membawa dan membimbingku untuk lebih mengenali dan mencintai kekasihku..


aku dilamun cinta !
subhanallah..!
cinta ini hadirnya dari Allah yang maha pengasih lagi maha mengasihani ..
doakan aku agar cinta ini diredhai Allah ..
aku berharap dengan cinta ini aku boleh mendapat syafaat Rasulullah saw..
dan mendapat pembelaan Allah di akhirat kelak..
ayuh kita mencintai Al-Quran !

jom gi ngaji .. ^_^















Rabu, 4 September 2013

tiba saatnya untuk jihad di medan ilmu





Jumaat ni dah tiba masanya aku balik Sabah.. kembali menyambung perjuangan yang masih belum selesai..!


soal hati soal cinta please get out from my heart and my LIFE !!


benda tu tak penting buat masa sekarang... 



apa yang penting sekarang ialah bagaimana nak  halau benda yang tak diundang ini pergi jauh-jauh
supaya fokus study tak terganggu! dan bagaimana nak jihad supaya diri tak tergoda dengan hasutan syaitan..
kita kena jihad untuk sentiasa berikan waktu dan ruang untuk bersama dengan Al-Quran, hafal ayat-ayatnya .fahaminya dan mengamalkan apa yang telah Allah tetapkan..



dan bagaimana nak sediakan diri supaya bila mati nanti kita dapat mati dalam keadaan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah..



bagaimana nak elakkan diri daripada diseksa di alam barzarkh dan dari seksa api neraka...



sebenarnya atas diri kita seorang terlalu banyak perkara dan komitmen yang perlu kita fikirkan dan persiapkan...

ini bukan soal main-main.. ini soal hidup dan mati


dalam kelekaan kita.. kita kena ingat Allah! jangan leka dari Allah... sesungguhnya Azab Allah sangat pedih!


dalam keseronokan hakikatnya terdapat berjuta seksa dan azab api neraka jika tidak diteliti dengan baik..



aku sendiri pun amat memerlukan Allah dan sokongan orang di sekeliling aku..
aku tak nak jadi orang yang dibenci Allah dan manusia di sekeliling aku...
aku dah bosan hidup dalam kejahilan...




aku nak berubah jadi lebih baik...

aku nak syurga Allah... aku nak cintakan Allah.. aku nak rindu hanya pada Allah dan bersandarkan Allah semata-mata bukan kerana nafsu semata..


aku nak sangat jadi yang terbaik disisi Allah..

tapi aku takut aku tak mampu tahap baik itu disisi Allah...


aku bukan nak baik seorang diri tapi aku nak sangat orang di sekeliling aku pun baik juga sebab aku nak sangat bersama-sama dengan orang yang membaca entry ini.. nak berkenal-kenalan dengan lebih rapat lagi di syurga...


awak doakan saya dapat jadi lebih baik ya.. saya rindu nak jadi lebih baik.. saya rindu nak jadi penghafal Al - Quran... saya rindu nak mujahadah di jalan Allah... awak ikut sama ya bersama-sama dengan saya ...

kalau ada awak semua sekurang-kurangnya saya tidaklah kesunyian di jalan mencari redha Allah..


kalau awak nampak saya lalai.. awak tegur saya ..kalau awak segan , awak doakan saya dalam doa awak ep..


awak doakan saya juga dapat jodoh yang baik-baik.. saya nak sangat dia dapat bantu saya untuk terus kuat di jalan Allah.. 



saya sebenarnya tidaklah sekuat muslimah lain tapi saya cuba jugak untuk jadi kuat walaupun untuk sekuat itu saya harus menempuh pelbagai ujian dan rintangan.. saya lebih rela andai ditemani airmata sepanjang hidup di jalan mencari redha Allah daripada ditemani kebahagiaan yang datang bertalu-talu hingga membuatkan saya lupa pada Allah... awak doakan saya kuat ya, saya rindu sangat syurga Allah tapi saya tak punya kekuatan untuk melawan hasutan syaitan jika saya bersendirian.. saya perlukan awak semua untuk bersatu teguh di jalan Allah..



awak, ayuhlah kita kembali ke jalan Allah .. dah lama Allah biarkan kita mencari jalan kebenaran tapi kita seringkali tersesat.. kini dah tiba masanya kita mencari jalan pulang mencariNya ... 


awak, jika awak masih belajar.. awak belajar baik-baik tau sebab itu amanah yang Allah dan amanah mak ayah kita .. amanah ini jika tidak dilaksanakan dengan baik nescaya di akhirat kelak Allah akan persoalkan..
adik-adik yang akak sayang fillah semua.. adik jangan libatkan diri adik dengan soal cinta ya... akak bimbang jika tak dikawal kelak adik juga akan rugi...



adik kena yakin pada Allah.. Allah dah tetapkan yang terbaik buat diri kita.. jodoh kita, mati kita dan rezeki kita .. adik tahu kan, kapel tu Allah paling tak suka sebab ia boleh menyebabkan hati kita lalai dari megingati Allah dan lalai dari apa yang telah Allah dan mak ayah amanahkan buat kita... 
adik jangan risau sebab jodoh tu akan datang juga, bila adik-adik dah sedia nanti ..
orang lelaki ni kadang hadirnya sekadar untuk menguji kita kadang hadirnya hanya  untuk mengisi ruang kosong dalam hati adik..bila dia bosan dia akan buang adik macam tu saja..


adik nak ke macam tu? akak tak nak ... akak lebih memilih untuk cinta lepas kahwin..
masa tu lagi sweet.. Allah pun tak marah lagi..  adik doakan akak dapat jodoh yang baik ep.. aamiin


adik fokus pada belajar dulu.. akak pun nak fokus pada pelajaran dulu.. walaupun akak dah masuk Universiti akak tetap berusaha keras tau.. sebab hanya orang yang berusaha saja mampu memperoleh kejayaan.. Allah tak kan beri kejayaan secara percuma tanpa sebarang usaha...

selain itu, adik kenalah juga solat, jaga hak Allah, jaga hak mak ayah, doa dan tawakal..
jangan pandai-pandai cari gaduh di sekolah pulak... tak payah nak jadi samseng.. kelak di akhirat kita bukan siapa-siapa juga dik.. hanya hamba Allah , tika itu kita tak punya apa-apa.. dengan samseng kita tu bukan boleh bawa kita ke syurga dengan percuma-percuma saja.. malah akan mengundang seksa kita di hadapan Allah kelak... di sana akan ada dua lembah di dalam neraka.. satu lembah tu akan dipenuhi ular yang lebarnya selebar leher unta dan panjangnya sebulan perjalanan.. dan satu lembah lagi akan dipenuhi kala jengking di sana kita akan diseksa sesuai dengan dosa kita yang kita lakukan di dunia ni..


adik kena hormat Allah, mak ayah, adik beradik, guru-guru di sekolah, rakan-rakan dan orang disekeliling kita.. adik baik.. akak pun suka tengok adik dan sejuk mata akak tengok adik-adik yang sopan santun..
tak ada faedah juga kita buat jahat, nakal ke atau sombong tak bertempat...
kalau kita pandai pun kita jangan sombong tau sebab semua tu nikmat Allah .. semua tu hak Allah bukan hak kita.. Allah bagi kita pinjam nikmat bagaimana memiliki kepandaian.. oleh itu adik-adik kena bersyukur tau..


kalau adik-adik kurang pandai jangan sedih, jangan pula malas pergi sekolah sebab disitu Allah sedang tegur adik.. Allah nak adik usaha lebih sikit dari yang pandai tadi..adik pun sebenarnya pandai cuma adik kena rajin.. cuba adik rajin sikit, akak yakin 200% adik kan dapat keptusan yang lebih baik dari yang pandai..
jangan putus asa ep adik.. Allah ada, lepas solat doa dengan Allah banyak-banyak.. Allah kan bagi apa yang kita minta cuma adik kena sabar lah sebab kadang Allah makbulkan doa adik cepat kadang lambat.. tengok atas amalan adik pula camna ...  



ok la sampai sini dulu.. kalau adik ada masalah adik kongsi la dengan akak.. insyaAllah nanti akak bantu apa yang patut .. adik doakan akak juga ep..sayang adik dan sahabat lain fillah! 



assalamualaikum


















Sabtu, 29 Jun 2013

Mujahadah Cinta


Bismillahirrahmanirrahim ... 
selamat membaca cerpen pendek dari Jujue .. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apalah sangat ada pada Iqbal tu? Sudah bertahun lamanya aku cuba hendak lupakan dia tapi bayangan dia tetap mengejarku ! Allahu rabbi … andai dia bukanlah tercipta buat diriku Engkau jarakkanlah diriku darinya sungguh aku lemah lagi tidak berdaya melawan nafsu ini !

 Nisha merintih pada sang Ilahi sambil mengusap-ngusap gambar kaabah di sejadahnya . Sekali lagi bila Nisha terpandang kaabah di sejadahnya, tangisnya mula teresak-esak bagai esok tiada lagi . Nisha tersangat rindu untuk mengerjakan umrah di Mekah. Baginya bagai ada sesuatu yang sedang memanggilnya untuk ke sana , tetapi dia tidak tahu kerna sungguhnya hanya Allah sahaja maha mengetahui segala-galanya. Sejak bertahun sudah rindu itu ditahan di dalam hatinya namun hanya mampu disimpan, ditahan dan memohon pada Tuhannya agar namanya dipilih untuk ke sana .


Sejak cintanya pada Iqbal mulai pudar dek perpisahan yang terjadi tanpa diduga , Nisha mulai sedar cinta pada lelaki ajnabi tidak mampu bertahan lama.. hanya mampu bertahan di tepi dinding kata-kata semalam yang hamper terbang dibawa angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cintanya pada Iqbal bukan kerana nama, bukan kerana rupa apatah lagi kerana harta benda. Cintanya setulus dan sehalus pasir putih di tepian pantai . Sekalipun dihempas oleh ombak, cinta itu tetap ada di hatinya . Makin dihempas ombak makin mendalam cintanya. Namun apakan daya cinta mereka tidak kesampaian.


2 tahun lagi Iqbal bakal menikahi puteri idamannya yang baru. Nisha tidak lagi mengharapkan cinta lalunya bersatu kembali. Cukuplah baginya Iqbal bahagia dengan bakal puterinya idamannya. Saat dia merindui Iqbal, dia sentiasa mendoakan Iqbal moga Allah sentiasa menjaganya dikala penjagaannya jauh dari Iqbal. Kini sudah setahun lamanya Nisha dan Iqbal “loss contact” . Meskipun bertahun sudah mereka tidak bertanyakan khabar namun hatinya selalu yakin yang Iqbal sentiasa baik dan selamat dalam penjagaanNya. Iqbal seringkali menjadi bahan bualannya dengan kawan-kawannya atau cerita hidupnya. Iqbal bagaikan sudah menjadi sebahagian dalam hidupnya.


Cintanya pada Iqbal tidak pernah pudar. Meskipun tidak pernah menatap wajah Iqbal dan tidak pernah berjumpa secara bersemuka. Namun Nisha dapat rasakan bagai hubungan hati dia dengan Iqbal sangat dekat dan erat. Bagai ada sesuatu yang mengikat dua hati ini secara dalaman. Yang pasti ikatan ini hanya Allah sahaja maha mengetahui. Nisha kadang bingung dengan dirinya dan sering bermonolog sendirian bila terkenangkan Iqbal.


“ Apakah ini dinamakan cinta? Atau ini hanyalah ujian Allah buatku bagi menguji cintaku pada Sang  Ilahi? Andai benar kehadiran Iqbal Cuma untuk mengujiku kenapa perlu mengambil masa hingga bertahun lamanya?? Kini hamper genap 8 tahun perasaan ini , namun masih lagi tetap sama seperti 7 tahun lalu tika pertama kali kami dipertemukan olehMu ya Allah. Aku bingung dengan rasa ini, seringkali aku berdoa padaMu andai dia bukan milikku jauhkanlah aku darinya dan izinkanlah untuk aku melupakannya selamanya namun makin ingin kulupakan makin mendekat kisah lalu itu. “ Nisha mengadu pada Rabb nya


“Kak ayu, nanti Iqbal dah nak kahwin.. Nisha kalau boleh tak nak kadnya itu sampai di tangan Nisha apatah lagi untuk menerima jemputannya “


“Nisha .. Nisha kena kuat tau ! Allah tak suka hambaNya yang lemah .. lagipun Nisha kena ingat mungkin dia bukan jodoh yang baik untuk Nisha mungkin  sebab Allah dah tentukan siapa yang terbaik buat Nisha. Nisha kena belajar sabar…dan belajar untuk redha .. Nisha kena lepaskan Iqbal dari hati Nisha kerana Allah .. Nisha kena ikhlaskan segala-galanya. Mungkin cintanya tidak sekuat cinta yang Nisha miliki terhadapnya. “


“tapi kak Ayu,… Nisha tak dapat nak lupakan dia ! Nisha pun tak nak untuk ingat pada dia.. tapi kenangan lalu terus-menerus memburu hidup Nisha! Nisha benci.. ! Nisha benci !


“ Nisha.. banyak-banyak ingat Allah.. ! mungkin ada hikmah semua ni.. Nisha kena ingat kalau nak kahwin jangan kita yang terhegeh-hegeh kejar dia kelak seksa jiwa dan raga Nisha lagipun dia tak cinta Nisha.. ! Kita kena cari orang yang sayangkan kita bukan kita yang sayang orang tu.. Nisha jangan jadi bodoh! Mujahadah lawan nafsu , kalau benar dia cinta Nisha dia tak akan tinggalkan Nisha dan pilih gadis lain.”


“tapi kak, dia tidak salah sedikit pun. Nisha yang salah. Nisha banyak menimbulkan persoalan di dalam hidupnya. Mungkin dengan kehadiran persoalan yang Nisha timbulkan tanpa Nisha sedari ni telah membuat dia rasa seperti dipermainkan oleh Nisha. Nisha sebenarnya tidak ada niat nak lukakan hati dia Cuma kadang Nisha tidak suka cara dia.. kadang caranya seperti memberi Nisha harapan.. tatkala Nisha cuba untuk menggapai harapan yang diberinya ternyata Nisha sedari bahawa itu harapan palsu ! Nisha faham kak, Iqbal sebenarnya seorang yang ternyata keliru dalam soal cinta dan perasaan namun Nisha sudah menjadi sebahagian insan yang dia keliru dalam soal cinta dan perasaan. “ Nisha menangis teresak-esak

“ Nisha… usah dikenang kisah lalu, biarkan kisah lalu itu terus memburu Nisha tapi kak harap Nisha tidak berhenti di tengah jalan tatkala kisah lalu memburumu. Mungkin perhentianmu itu bakal mengingatkanmu lagi akan Iqbal.. kak nasihatkan teruskanlah langkahmu meninggalkan kisah lalu yang mengejarmu dalam istiqarah cintamu.. mohonlah petunjuk dari yang Esa dan carilah kekuatan dalaman dalam Tahajud cintamu pada Tuhanmu yang maha mendengar. Mohonlah petunjuk dari Dia yang maha mengetahui… kak pun tidak tahu apa lagi hendak disampaikan padamu kerna sungguh dapat kak rasakan cinta yang tertanam dalam hatimu terhadap Iqbal sangat dalam. Kak dapat rasakan betapa kuatnya cinta di hatimu itu.. “


Nisha diam membisu seribu bahasa. Hanya tangis sendunya sahaja yang dapat dibalasnya kepada kak Ayu dek terlalu lama memendam rasanya terhadap Iqbal sendirian di hatinya .
Kini Nisha rasa sedikit lega meskipun masih esakan.


Dia cuba menepis cintanya terhadap Iqbal dengan mencari cinta hakiki iaitu cinta pada Rabb nya. Baginya dia yakin bahawa jika cintanya kepada Allah memenuhi segenap ruang yang ada dalam hatinya hanya ada ruang untuk Tuhannya pasti cintanya terhadap Iqbal mulai pudar dan menghilang.






bersambung .........................................