"

Sabtu, 16 November 2013

Jom menggapai mardhotillah !

Alhamdulillah .. syukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpah kurniaNya
kita masih lagi berpeluang untuk saling memberi dan menerima..

ku lihat kini, 
majoriti daripada kita sudah mula mendekatkan diri dengan Allah..
yang dulunya tidak menutup aurat kini semua sudah berubah
menjadi muslimah yang sempurna penjagaan auratnya..
yang dulu lalai dengan Al-Quran,
kini ku lihat berduyung-duyung daripada mereka yang ingin mengenal, memahami dan menghayati ayat-ayat cinta Allah ..
Subhanallah!

dulu mereka leka dengan hiburan,
seronok dengan budaya hedonisme, lepak, karaoke
dan seringkali pulang lewat malam..
kini mula menyibukkan diri dengan majlis ilmu, sibukkan diri dengan mencari guru
untuk mengaji Al-Quran , sibuk dengan zikir ,
dan cuba memperbetulkan mana yang sepatutnya dibetulkan..

dunia kini sudah mula berubah..
dunia kini sudah mula kembali kepada fitrah asalnya
iaitu untuk taat dan patuh kepada Allah..
namun tidak juga ku nafikan
bahawa disebalik perubahan positif ini
masih ada segolongan daripada kita
yang masih berada di dalam kelalaian
namun jangan kau menuding jari kepada mereka !
jangan sesekali !

sebaliknya angkatlah kedua tanganmu ke langit
maka berdoalah kamu kepada Allah agar
mereka kembali ke jalan yang benar 
jalan yang diredhai Allah..

jangan begitu mudah menuding jari kepada insan lain..
bukankah kita yang dulu juga begitu?
bahkan lebih teruk daripada mereka..?
lupakah engkau wahai diri..?
jangan cepat bertindak sombong..
kita semua hamba Allah..
dan hati kita sentiasa berbolak-balik
jaga hati kita baik-baik..
agar istiqamah di jalanNya


dulu ku lihat wajah mereka kusam, serabut dan tidak tenang!
kini, 
semuanya berubah !
wajah mereka sungguh tenang ! bersih ! sejuk mata memandang !
Subhanallah wa hamdulillah !
itulah bukti kasih sayang Allah..


setiap daripada kita berhak untuk menjadi lebih baik..
cuma terserah kepada diri kita sendiri mahu atau tidak ?

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri " (QS 13:11)

yakinlah bahawa dengan mendekatkan diri dengan Allah dan mnegingati Allah
hati kita akan menjadi tenang.

Orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, akan memperolehi kebahagiaan dan akan mendapat tempat kembali yang baik 
seperti yang dikatakan Allah dalam surah ( QS 13:29)

Subhanallah ! 

cukup senang kan nak dapat pahala?
baru ja niat nak buat buat baik 
Allah dah bagi pahala cash !,
inikan pula kalau niat itu disertakan dengan perbuatannya ..
tapi kenapa kita selalu susah dan liat sangat untuk melakukannya??
pelik kan?


kalau benda yang jahat dan dosa ni mudah ja nak buat..
padahal benda yang mudah dan senang ni la yang akan membawa kita ke lembah kehinaan
seterusnya dihumban ke dalam neraka !
inilah dikatakan semuanya soal hati..
hati ini tempat jatuhnya pandangan Allah..
Allah tak nilai kita cantik ke, comel ke, segak ke..
tapi Allah nilai hati kita..

bayangkan kalau Allah nilai kita dengan sifat luaran semata-mata !
sudah tentu ramai antara kita yang tidak comel, yang selekeh dihumban ke neraka..
yang macam comel ja yang macam cantik ja akan ke syurga ..
tak adil la kan.. 
sebab tu la.. Allah nilai hati dan amalan kita ..
Allah kan maha Adil..
dah lupa ep?
nak kena nie.. (hihi)

jadi, jangan sedih jika kita banyak kekurangan yang bersifat luaran..
tak comel xpa.. tak hensem pun xpa..
yang penting awak-awak semua soleh dan solehah..
itulah aset paling mahal dalam diri awak pada pandangan Allah Azza Wajalla 


apa kata kita mula ubah niat kita,
jom jadi baik !
jom tutup aurat !
jom jaga hati .. !
semuanya kerana Allah..


akhir kata, jom menggapai mardhotillah ..
 
saya sayang antum semua fillah ..
assalamualaikum ^_^


Jumaat, 15 November 2013

Jujur aku sedang dilamun cinta !



Tiap kali teringat pada sesuatu tu..
hatiku berdebar tak henti..
degupan makin kuat menendang pintu hatiku ..
hingga terbuka pintu keegoan dan kealpaan masa laluku..
ayatNya dan kata utusan cintaNya
membuat aku jadi tidak tentu arah..
tercari-cari jalan keluar untuk menemui cintaku itu..

namun berada di tempat orang 
jauh berbeza sekali rasanya..
disini agak sukar sekali aku menemui murabbi yang boleh
membimbing aku untuk mengenali kekasih hati pilihanku itu..
agak terhad disini..
tidak seperti di bumi serambi Mekah..
disana dimana-mana sahaja kita boleh menemui murabbi yang boleh
membawa kita mengenali , menghayati dan mempelajari sang kekasih itu..

aku kadang sedih sebab disini semuanya agak terhad..'
namun dibalik kesedihan itu membuatkan tidak semena-mena timbul rasa
bersyukur di dalam kalbuku
betapa beruntungnya aku dilahirkan di bumi serambi Mekah..
aku berhasrat untuk lebih mendalami isi hati kekasihku dengan
ingin melanjutkan lagi pelajaranku 
dalam ijazah kedua bidang agama kelak..
aku ingin jauh mengenali agamaku..
agamalah yang boleh memberi kita kekuatan disaat kelemahan menyerang saraf kehidupan kita..
tanpa agama nescaya tiang pegangan hidupmu akan goyah..
bila-bila masa ia akan roboh di atas tanah hamparan neraka..

tanpa agama kita akan buta..
sekalipun mata dan akalmu celik
hakikatnya hati kita teap buta..
tidak mampu menilai mana yang hak dan mana yang bathil..
ayuh bangkit dan berdoa
agar kita bangkit dari kelekaan..
ketuklah minda dan hati kita sekuat mungkin
katakan bahawa agama itu utama!
Allah adalah tujuan hidupmu.. !

ayuh kenali Al-Quran,
,bacalah , fahami, dan hayatilah
nescaya kau akan sentiasa tersenyum dan bahagia..
hati kita akan sentiasa resah dan gelisah selagi kita belum menemui jalan kebenaran..
kembalilah pada tujuan hidupmu yang sebenar sahabat..
Al-Quran itulah kekasihku ..
seringkali aku merinduinya..
aku seringkali meronta mencari wali dan murabbi yang mampu
membawa dan membimbingku untuk lebih mengenali dan mencintai kekasihku..


aku dilamun cinta !
subhanallah..!
cinta ini hadirnya dari Allah yang maha pengasih lagi maha mengasihani ..
doakan aku agar cinta ini diredhai Allah ..
aku berharap dengan cinta ini aku boleh mendapat syafaat Rasulullah saw..
dan mendapat pembelaan Allah di akhirat kelak..
ayuh kita mencintai Al-Quran !

jom gi ngaji .. ^_^