"

Jumaat, 15 November 2013

Jujur aku sedang dilamun cinta !



Tiap kali teringat pada sesuatu tu..
hatiku berdebar tak henti..
degupan makin kuat menendang pintu hatiku ..
hingga terbuka pintu keegoan dan kealpaan masa laluku..
ayatNya dan kata utusan cintaNya
membuat aku jadi tidak tentu arah..
tercari-cari jalan keluar untuk menemui cintaku itu..

namun berada di tempat orang 
jauh berbeza sekali rasanya..
disini agak sukar sekali aku menemui murabbi yang boleh
membimbing aku untuk mengenali kekasih hati pilihanku itu..
agak terhad disini..
tidak seperti di bumi serambi Mekah..
disana dimana-mana sahaja kita boleh menemui murabbi yang boleh
membawa kita mengenali , menghayati dan mempelajari sang kekasih itu..

aku kadang sedih sebab disini semuanya agak terhad..'
namun dibalik kesedihan itu membuatkan tidak semena-mena timbul rasa
bersyukur di dalam kalbuku
betapa beruntungnya aku dilahirkan di bumi serambi Mekah..
aku berhasrat untuk lebih mendalami isi hati kekasihku dengan
ingin melanjutkan lagi pelajaranku 
dalam ijazah kedua bidang agama kelak..
aku ingin jauh mengenali agamaku..
agamalah yang boleh memberi kita kekuatan disaat kelemahan menyerang saraf kehidupan kita..
tanpa agama nescaya tiang pegangan hidupmu akan goyah..
bila-bila masa ia akan roboh di atas tanah hamparan neraka..

tanpa agama kita akan buta..
sekalipun mata dan akalmu celik
hakikatnya hati kita teap buta..
tidak mampu menilai mana yang hak dan mana yang bathil..
ayuh bangkit dan berdoa
agar kita bangkit dari kelekaan..
ketuklah minda dan hati kita sekuat mungkin
katakan bahawa agama itu utama!
Allah adalah tujuan hidupmu.. !

ayuh kenali Al-Quran,
,bacalah , fahami, dan hayatilah
nescaya kau akan sentiasa tersenyum dan bahagia..
hati kita akan sentiasa resah dan gelisah selagi kita belum menemui jalan kebenaran..
kembalilah pada tujuan hidupmu yang sebenar sahabat..
Al-Quran itulah kekasihku ..
seringkali aku merinduinya..
aku seringkali meronta mencari wali dan murabbi yang mampu
membawa dan membimbingku untuk lebih mengenali dan mencintai kekasihku..


aku dilamun cinta !
subhanallah..!
cinta ini hadirnya dari Allah yang maha pengasih lagi maha mengasihani ..
doakan aku agar cinta ini diredhai Allah ..
aku berharap dengan cinta ini aku boleh mendapat syafaat Rasulullah saw..
dan mendapat pembelaan Allah di akhirat kelak..
ayuh kita mencintai Al-Quran !

jom gi ngaji .. ^_^















2 ulasan:

Kak iman berkata...

ayat-ayat cinta membuat aku jatuh cinta berkali2

Farah Waheda Wahid berkata...

jom kita mengaji...