selamat membaca cerpen pendek dari Jujue ..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apalah
sangat ada pada Iqbal tu? Sudah bertahun lamanya aku cuba hendak lupakan dia
tapi bayangan dia tetap mengejarku ! Allahu rabbi … andai dia bukanlah tercipta
buat diriku Engkau jarakkanlah diriku darinya sungguh aku lemah lagi tidak berdaya
melawan nafsu ini !
Nisha merintih pada sang Ilahi sambil
mengusap-ngusap gambar kaabah di sejadahnya . Sekali lagi bila Nisha terpandang
kaabah di sejadahnya, tangisnya mula teresak-esak bagai esok tiada lagi . Nisha
tersangat rindu untuk mengerjakan umrah di Mekah. Baginya bagai ada sesuatu
yang sedang memanggilnya untuk ke sana , tetapi dia tidak tahu kerna sungguhnya
hanya Allah sahaja maha mengetahui segala-galanya. Sejak bertahun sudah rindu
itu ditahan di dalam hatinya namun hanya mampu disimpan, ditahan dan memohon
pada Tuhannya agar namanya dipilih untuk ke sana .
Sejak
cintanya pada Iqbal mulai pudar dek perpisahan yang terjadi tanpa diduga ,
Nisha mulai sedar cinta pada lelaki ajnabi tidak mampu bertahan lama.. hanya
mampu bertahan di tepi dinding kata-kata semalam yang hamper terbang dibawa angin
yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cintanya pada Iqbal bukan kerana nama, bukan
kerana rupa apatah lagi kerana harta benda. Cintanya setulus dan sehalus pasir
putih di tepian pantai . Sekalipun dihempas oleh ombak, cinta itu tetap ada di
hatinya . Makin dihempas ombak makin mendalam cintanya. Namun apakan daya cinta
mereka tidak kesampaian.
2 tahun lagi
Iqbal bakal menikahi puteri idamannya yang baru. Nisha tidak lagi mengharapkan
cinta lalunya bersatu kembali. Cukuplah baginya Iqbal bahagia dengan bakal
puterinya idamannya. Saat dia merindui Iqbal, dia sentiasa mendoakan Iqbal moga
Allah sentiasa menjaganya dikala penjagaannya jauh dari Iqbal. Kini sudah
setahun lamanya Nisha dan Iqbal “loss contact” . Meskipun bertahun sudah mereka
tidak bertanyakan khabar namun hatinya selalu yakin yang Iqbal sentiasa baik
dan selamat dalam penjagaanNya. Iqbal seringkali menjadi bahan bualannya dengan
kawan-kawannya atau cerita hidupnya. Iqbal bagaikan sudah menjadi sebahagian
dalam hidupnya.
Cintanya pada
Iqbal tidak pernah pudar. Meskipun tidak pernah menatap wajah Iqbal dan tidak
pernah berjumpa secara bersemuka. Namun Nisha dapat rasakan bagai hubungan hati
dia dengan Iqbal sangat dekat dan erat. Bagai ada sesuatu yang mengikat dua
hati ini secara dalaman. Yang pasti ikatan ini hanya Allah sahaja maha
mengetahui. Nisha kadang bingung dengan dirinya dan sering bermonolog sendirian
bila terkenangkan Iqbal.
“ Apakah ini
dinamakan cinta? Atau ini hanyalah ujian Allah buatku bagi menguji cintaku pada
Sang Ilahi? Andai benar kehadiran Iqbal Cuma
untuk mengujiku kenapa perlu mengambil masa hingga bertahun lamanya?? Kini hamper
genap 8 tahun perasaan ini , namun masih lagi tetap sama seperti 7 tahun lalu
tika pertama kali kami dipertemukan olehMu ya Allah. Aku bingung dengan rasa
ini, seringkali aku berdoa padaMu andai dia bukan milikku jauhkanlah aku
darinya dan izinkanlah untuk aku melupakannya selamanya namun makin ingin
kulupakan makin mendekat kisah lalu itu. “ Nisha mengadu pada Rabb nya
“Kak ayu,
nanti Iqbal dah nak kahwin.. Nisha kalau boleh tak nak kadnya itu sampai di
tangan Nisha apatah lagi untuk menerima jemputannya “
“Nisha ..
Nisha kena kuat tau ! Allah tak suka hambaNya yang lemah .. lagipun Nisha kena
ingat mungkin dia bukan jodoh yang baik untuk Nisha mungkin sebab Allah dah tentukan siapa yang terbaik
buat Nisha. Nisha kena belajar sabar…dan belajar untuk redha .. Nisha kena
lepaskan Iqbal dari hati Nisha kerana Allah .. Nisha kena ikhlaskan
segala-galanya. Mungkin cintanya tidak sekuat cinta yang Nisha miliki
terhadapnya. “
“tapi kak
Ayu,… Nisha tak dapat nak lupakan dia ! Nisha pun tak nak untuk ingat pada
dia.. tapi kenangan lalu terus-menerus memburu hidup Nisha! Nisha benci.. !
Nisha benci !
“ Nisha..
banyak-banyak ingat Allah.. ! mungkin ada hikmah semua ni.. Nisha kena ingat
kalau nak kahwin jangan kita yang terhegeh-hegeh kejar dia kelak seksa jiwa dan
raga Nisha lagipun dia tak cinta Nisha.. ! Kita kena cari orang yang sayangkan
kita bukan kita yang sayang orang tu.. Nisha jangan jadi bodoh! Mujahadah lawan
nafsu , kalau benar dia cinta Nisha dia tak akan tinggalkan Nisha dan pilih
gadis lain.”
“tapi kak,
dia tidak salah sedikit pun. Nisha yang salah. Nisha banyak menimbulkan
persoalan di dalam hidupnya. Mungkin dengan kehadiran persoalan yang Nisha
timbulkan tanpa Nisha sedari ni telah membuat dia rasa seperti dipermainkan
oleh Nisha. Nisha sebenarnya tidak ada niat nak lukakan hati dia Cuma kadang
Nisha tidak suka cara dia.. kadang caranya seperti memberi Nisha harapan..
tatkala Nisha cuba untuk menggapai harapan yang diberinya ternyata Nisha sedari
bahawa itu harapan palsu ! Nisha faham kak, Iqbal sebenarnya seorang yang
ternyata keliru dalam soal cinta dan perasaan namun Nisha sudah menjadi
sebahagian insan yang dia keliru dalam soal cinta dan perasaan. “ Nisha
menangis teresak-esak
“ Nisha…
usah dikenang kisah lalu, biarkan kisah lalu itu terus memburu Nisha tapi kak
harap Nisha tidak berhenti di tengah jalan tatkala kisah lalu memburumu.
Mungkin perhentianmu itu bakal mengingatkanmu lagi akan Iqbal.. kak nasihatkan
teruskanlah langkahmu meninggalkan kisah lalu yang mengejarmu dalam istiqarah
cintamu.. mohonlah petunjuk dari yang Esa dan carilah kekuatan dalaman dalam
Tahajud cintamu pada Tuhanmu yang maha mendengar. Mohonlah petunjuk dari Dia
yang maha mengetahui… kak pun tidak tahu apa lagi hendak disampaikan padamu
kerna sungguh dapat kak rasakan cinta yang tertanam dalam hatimu terhadap Iqbal
sangat dalam. Kak dapat rasakan betapa kuatnya cinta di hatimu itu.. “
Nisha diam
membisu seribu bahasa. Hanya tangis sendunya sahaja yang dapat dibalasnya
kepada kak Ayu dek terlalu lama memendam rasanya terhadap Iqbal sendirian di
hatinya .
Kini Nisha
rasa sedikit lega meskipun masih esakan.
Dia cuba
menepis cintanya terhadap Iqbal dengan mencari cinta hakiki iaitu cinta pada
Rabb nya. Baginya dia yakin bahawa jika cintanya kepada Allah memenuhi segenap
ruang yang ada dalam hatinya hanya ada ruang untuk Tuhannya pasti cintanya
terhadap Iqbal mulai pudar dan menghilang.
bersambung .........................................
5 ulasan:
Assalamualaikum..yatie ingin tahu pa yg tjdi seterusnya.. timbul persoalan, adakah Iqbal & Nisha bakal bersatu?
waalaikumussalam.. sahabatku sayang .. nantikan... eheeh
terima kasih sebab sudi datang sini dan baca cerita yang xbrapa nak jadi nie.. eheh
jejak juga sy ke mari... terima kasih atas kunjungan...
Alhamdulillah...iqbal dan nisha telah disatukan...terlalu agung cinta Nisha apabila iqbal tau..iqbal sanggup berkorban apa sahaja demi cinta suci itu...peace..
Alhamdulillah...iqbal dan nisha telah disatukan...terlalu agung cinta Nisha apabila iqbal tau..iqbal sanggup berkorban apa sahaja demi cinta suci itu...peace..
Catat Ulasan