"

Sabtu, 29 Jun 2013

Mujahadah Cinta


Bismillahirrahmanirrahim ... 
selamat membaca cerpen pendek dari Jujue .. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apalah sangat ada pada Iqbal tu? Sudah bertahun lamanya aku cuba hendak lupakan dia tapi bayangan dia tetap mengejarku ! Allahu rabbi … andai dia bukanlah tercipta buat diriku Engkau jarakkanlah diriku darinya sungguh aku lemah lagi tidak berdaya melawan nafsu ini !

 Nisha merintih pada sang Ilahi sambil mengusap-ngusap gambar kaabah di sejadahnya . Sekali lagi bila Nisha terpandang kaabah di sejadahnya, tangisnya mula teresak-esak bagai esok tiada lagi . Nisha tersangat rindu untuk mengerjakan umrah di Mekah. Baginya bagai ada sesuatu yang sedang memanggilnya untuk ke sana , tetapi dia tidak tahu kerna sungguhnya hanya Allah sahaja maha mengetahui segala-galanya. Sejak bertahun sudah rindu itu ditahan di dalam hatinya namun hanya mampu disimpan, ditahan dan memohon pada Tuhannya agar namanya dipilih untuk ke sana .


Sejak cintanya pada Iqbal mulai pudar dek perpisahan yang terjadi tanpa diduga , Nisha mulai sedar cinta pada lelaki ajnabi tidak mampu bertahan lama.. hanya mampu bertahan di tepi dinding kata-kata semalam yang hamper terbang dibawa angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cintanya pada Iqbal bukan kerana nama, bukan kerana rupa apatah lagi kerana harta benda. Cintanya setulus dan sehalus pasir putih di tepian pantai . Sekalipun dihempas oleh ombak, cinta itu tetap ada di hatinya . Makin dihempas ombak makin mendalam cintanya. Namun apakan daya cinta mereka tidak kesampaian.


2 tahun lagi Iqbal bakal menikahi puteri idamannya yang baru. Nisha tidak lagi mengharapkan cinta lalunya bersatu kembali. Cukuplah baginya Iqbal bahagia dengan bakal puterinya idamannya. Saat dia merindui Iqbal, dia sentiasa mendoakan Iqbal moga Allah sentiasa menjaganya dikala penjagaannya jauh dari Iqbal. Kini sudah setahun lamanya Nisha dan Iqbal “loss contact” . Meskipun bertahun sudah mereka tidak bertanyakan khabar namun hatinya selalu yakin yang Iqbal sentiasa baik dan selamat dalam penjagaanNya. Iqbal seringkali menjadi bahan bualannya dengan kawan-kawannya atau cerita hidupnya. Iqbal bagaikan sudah menjadi sebahagian dalam hidupnya.


Cintanya pada Iqbal tidak pernah pudar. Meskipun tidak pernah menatap wajah Iqbal dan tidak pernah berjumpa secara bersemuka. Namun Nisha dapat rasakan bagai hubungan hati dia dengan Iqbal sangat dekat dan erat. Bagai ada sesuatu yang mengikat dua hati ini secara dalaman. Yang pasti ikatan ini hanya Allah sahaja maha mengetahui. Nisha kadang bingung dengan dirinya dan sering bermonolog sendirian bila terkenangkan Iqbal.


“ Apakah ini dinamakan cinta? Atau ini hanyalah ujian Allah buatku bagi menguji cintaku pada Sang  Ilahi? Andai benar kehadiran Iqbal Cuma untuk mengujiku kenapa perlu mengambil masa hingga bertahun lamanya?? Kini hamper genap 8 tahun perasaan ini , namun masih lagi tetap sama seperti 7 tahun lalu tika pertama kali kami dipertemukan olehMu ya Allah. Aku bingung dengan rasa ini, seringkali aku berdoa padaMu andai dia bukan milikku jauhkanlah aku darinya dan izinkanlah untuk aku melupakannya selamanya namun makin ingin kulupakan makin mendekat kisah lalu itu. “ Nisha mengadu pada Rabb nya


“Kak ayu, nanti Iqbal dah nak kahwin.. Nisha kalau boleh tak nak kadnya itu sampai di tangan Nisha apatah lagi untuk menerima jemputannya “


“Nisha .. Nisha kena kuat tau ! Allah tak suka hambaNya yang lemah .. lagipun Nisha kena ingat mungkin dia bukan jodoh yang baik untuk Nisha mungkin  sebab Allah dah tentukan siapa yang terbaik buat Nisha. Nisha kena belajar sabar…dan belajar untuk redha .. Nisha kena lepaskan Iqbal dari hati Nisha kerana Allah .. Nisha kena ikhlaskan segala-galanya. Mungkin cintanya tidak sekuat cinta yang Nisha miliki terhadapnya. “


“tapi kak Ayu,… Nisha tak dapat nak lupakan dia ! Nisha pun tak nak untuk ingat pada dia.. tapi kenangan lalu terus-menerus memburu hidup Nisha! Nisha benci.. ! Nisha benci !


“ Nisha.. banyak-banyak ingat Allah.. ! mungkin ada hikmah semua ni.. Nisha kena ingat kalau nak kahwin jangan kita yang terhegeh-hegeh kejar dia kelak seksa jiwa dan raga Nisha lagipun dia tak cinta Nisha.. ! Kita kena cari orang yang sayangkan kita bukan kita yang sayang orang tu.. Nisha jangan jadi bodoh! Mujahadah lawan nafsu , kalau benar dia cinta Nisha dia tak akan tinggalkan Nisha dan pilih gadis lain.”


“tapi kak, dia tidak salah sedikit pun. Nisha yang salah. Nisha banyak menimbulkan persoalan di dalam hidupnya. Mungkin dengan kehadiran persoalan yang Nisha timbulkan tanpa Nisha sedari ni telah membuat dia rasa seperti dipermainkan oleh Nisha. Nisha sebenarnya tidak ada niat nak lukakan hati dia Cuma kadang Nisha tidak suka cara dia.. kadang caranya seperti memberi Nisha harapan.. tatkala Nisha cuba untuk menggapai harapan yang diberinya ternyata Nisha sedari bahawa itu harapan palsu ! Nisha faham kak, Iqbal sebenarnya seorang yang ternyata keliru dalam soal cinta dan perasaan namun Nisha sudah menjadi sebahagian insan yang dia keliru dalam soal cinta dan perasaan. “ Nisha menangis teresak-esak

“ Nisha… usah dikenang kisah lalu, biarkan kisah lalu itu terus memburu Nisha tapi kak harap Nisha tidak berhenti di tengah jalan tatkala kisah lalu memburumu. Mungkin perhentianmu itu bakal mengingatkanmu lagi akan Iqbal.. kak nasihatkan teruskanlah langkahmu meninggalkan kisah lalu yang mengejarmu dalam istiqarah cintamu.. mohonlah petunjuk dari yang Esa dan carilah kekuatan dalaman dalam Tahajud cintamu pada Tuhanmu yang maha mendengar. Mohonlah petunjuk dari Dia yang maha mengetahui… kak pun tidak tahu apa lagi hendak disampaikan padamu kerna sungguh dapat kak rasakan cinta yang tertanam dalam hatimu terhadap Iqbal sangat dalam. Kak dapat rasakan betapa kuatnya cinta di hatimu itu.. “


Nisha diam membisu seribu bahasa. Hanya tangis sendunya sahaja yang dapat dibalasnya kepada kak Ayu dek terlalu lama memendam rasanya terhadap Iqbal sendirian di hatinya .
Kini Nisha rasa sedikit lega meskipun masih esakan.


Dia cuba menepis cintanya terhadap Iqbal dengan mencari cinta hakiki iaitu cinta pada Rabb nya. Baginya dia yakin bahawa jika cintanya kepada Allah memenuhi segenap ruang yang ada dalam hatinya hanya ada ruang untuk Tuhannya pasti cintanya terhadap Iqbal mulai pudar dan menghilang.






bersambung ......................................... 

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..yatie ingin tahu pa yg tjdi seterusnya.. timbul persoalan, adakah Iqbal & Nisha bakal bersatu?

:: julianaramli :: berkata...

waalaikumussalam.. sahabatku sayang .. nantikan... eheeh
terima kasih sebab sudi datang sini dan baca cerita yang xbrapa nak jadi nie.. eheh

Unknown berkata...

jejak juga sy ke mari... terima kasih atas kunjungan...

Matyo berkata...

Alhamdulillah...iqbal dan nisha telah disatukan...terlalu agung cinta Nisha apabila iqbal tau..iqbal sanggup berkorban apa sahaja demi cinta suci itu...peace..

Matyo berkata...

Alhamdulillah...iqbal dan nisha telah disatukan...terlalu agung cinta Nisha apabila iqbal tau..iqbal sanggup berkorban apa sahaja demi cinta suci itu...peace..